Jaringan gol buktikan Wan Kuzain pemain berkualiti dengan momentum cemerlang di Liga Amerika

1,645

Pemain berdarah Malaysia yang berkelana di bumi Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain meneruskan rentak cemerlang selepas meledak lagi dengan menjaringkan gol buat pasukannya St. Louise City 2 semalam, membantu pasukannya menang bergaya untuk memperbaiki kedudukan dalam divisyen 3 Amerika Syarikat itu.

Pemain tengah itu jelas mempunyai kualiti permainan yang tersendiri setelah menjadi antara tonggak penting buat pasukannya pada dua musim berturut-turut.


Pada musim lalu, beliau berjaya menghasilkan lima jaringan gol dan lima bantuan jaringan sepanjang beraksi dalam 26 perlawanan.

Musim ini pula, khidmat beliau terus ditagih dan telah beraksi dalam 21 perlawanan bersama St. Louise Ciry 2 serta telah menjaringkan empat gol dan satu bantuan gol dalam sepuluh penampilan terakhir beliau.

Walaupun Kuzain beraksi dalam divisyen bawahan di Liga Amerika tetapi semestinya liga tersebut lebih kompetitif dan mempunyai standard yang tinggi berbanding Liga Super.

Dengan permainan yang semakin matang, prestasi beliau yang sedang berada dalam momentum terbaik itu pasti dapat menjadi satu prospek menarik sekiranya kelibat beliau berada dalam skuad Harimau Malaya ketika di Piala Asia 2023 Qatar nanti.

Pengalaman pemain berusia 24 tahun itu yang pernah bermain dalam kancah Major League Soccer (MLS) bersama Sporting Kansas City SC sebelum ini semestinya mampu menjadi aset penting sekiranya beliau menyarung jersi Harimau Malaya suatu hari nanti.

Kuzain juga pernah menyahut panggilan negara sebelum ini untuk menyertai kejohanan Sukan Sea 2019 tetapi kerana masalah dokumentasi yang tidak selesai beliau terpaksa digugurkan dari skuad berkenaan dan hanya sempat menyertai kem latihan sahaja.

Harapan peminat bola sepak tempatan untuk melihat pemain itu menyarung jersi Harimau Malaya terus berterusan dengan harapan pada suatu hari nanti bakal menjadi kenyataan.