Pemain bintang JDT dapat perhatian laman rasmi ACL satu tekanan atau motivasi ?
Bahang pentas AFC Champion League (ACL) semakin terasa apabila Johor Darul Takzim (JDT) yang bakal menjadi wakil tunggal dari Malaysia malah para pemain dari kelab itu juga turut mendapat perhatian oleh pihak ACL sendiri.
Antara wajah-wajah yang menjadi perhatian sebagai bintang yang akan bersinar pada kejohanan musim ini adalah Arif Aiman bagi pemain sayap serta gandingan duo kegemaran iaitu Bergson dan Diogo sebagai penyerang yang dijangkakan bakal menyerlah.
Dengan perhatian yang diberikan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ini jelas merupakan satu bentuk penghargaan buat kelab besar seperti JDT kerana mempunyai pemain-pemain yang berkualiti ketika ini.
Dilihat sebagai satu pasukan besar di dalam kejohanan ini, pasti akan menjadi satu tekanan buat JDT untuk memberikan persembahan terbaik mereka serta juga boleh menjadi motivasi buat kelab berikut kerana telah dipandang tinggi oleh pihak AFC sendiri.
Pentas ACL kali ini juga pasti boleh menjadi satu cabaran buat JDT untuk melangkah ke satu anak tangga lagi selepas rekod cemerlang pada musim lepas apabila berjaya menjadi juara kumpulan justeru berjaya melangkah ke peringkat pusingan 16 kelab terbaik.
Dengan mengekalkan momentum kecemerlangan rekod bersih tanpa kalah di dalam semua 18 perlawanan Liga Super Malaysia. Tidak mustahil kelab dari Selatan itu mampu terus melakar kejutan demi kejutan.
Serta hanya dibolosi dengan tiga jaringan sahaja pada musim ini membuktikan bahawa JDT dalam kondisi terbaik untuk menggegar kelab-kelab gergasi di Asia lalu tidak mustahil sekiranya dapat mengatasi pencapaian tahun lalu di pentas ACL itu.
Tambahan pula, anak buah Esteban Solari itu kini mempunyai jentera serangan yang begitu tajam dengan purata jaringan yang tinggi dalam setiap perlawanan serta dijangkakan bakal mencapai 100 jumlah jaringan gol.
Jadual perlawanan ACL yang akan keluar tidak lama lagi pasti akan menjadi satu dorongan buat JDT untuk menyediakan kelabnya di prestasi yang terbaik sebelum bersaing dan memberikan aksi yang luas biasa.