Liga FPL Harimau Malaya kembali dengan hadiah lebih menarik!

937

Musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal membuka tirainya beberapa hari saja lagi dengan saingan yang lebih sengit dijangka bakal berlaku pada musim ini.

Dengan banyak pasukan yang sudah melakukan penambahbaikan, termasuk perpindahan berptofil tinggi seperti Declan Rice yang menyertai Arsenal, Mason Mount ke Manchester United, Alexis Mac Allister berpindah ke Liverpool serta banyak lagi, pastinya musim ini menjanjikan lebih kemeriahan dan juga drama.


Bagi para peminat, bukan sahaja tidak sabar untuk menonton sainan EPL tetapi permainan atas talian, Fantasy Premier League (FPL) turut ditunggu-tunggu, untuk menyerlahkan bakat sebagai seorang pengurus.

Bersempena dengan musim baharu EPL ini, Harimau Malaya turut akan menganjurkan Liga FPL eksklusif buat penyokong setia.

Musim lalu, 10 pengurus dengan markah tertinggi telah menerima hadiah istimewa daripada Harimau Malaya yang ditaja oleh penaja iaitu Figos dan Pasta Panas.

Antara hadiah yang dimenangi oleh 10 pengurus tersebut adalah jersi original pasukan pilihan, barangan sukan Figos serta baucar Pasta Panas.

Pada musim ini, liga FPL Harimau Malaya bakal menawarkan hadiah yang lebih menarik lagi dengan lima peserta terbaik bakal menerima hadiah wang tunai, dan juga hadiah saguhati berupa barangan sukan untuk 10 peserta.

Pemenang utama akan menerima wang tunai RM2000, diikuti tempat kedua (RM1000, ketiga (RM500), keempat (RM400) dan kelima (RM300).

Tempat keenam hingga ke-15 pula akan menerima barangan sukan sumbangan penaja.

Bukan itu saja, peserta terbaik bulanan juga akan menerima hadiah bonus daripada Harimau Malaya.

Yuran penyertaan sebanyak RM10/satu pasukan akan dikenakan kepada mereka yang berminat untuk menyertai liga FPL Harimau Malaya, dan seorang peserta hanya boleh menghantar satu team Sahaja.

Cara-cara penyertaan:

  1. Bayar RM10 dan pm resit bukti pembayaran di Facebook atau Instagram Harimau Malaya
  2. Masuk ke dalam Channel Telegram Fantasy League Harimau Malaya, kod dan link akan diberikan berikan selepas pembayaran.

Jangan tunggu lagi, tunjukkan bakat anda sebagai pengurus pasukan dan sertai Liga FPL Harimau Malaya sekarang!