Kedudukan Lee Tuck dalam skuad Harimau Malaya pasti terancam jika terus konsisten tanpa kelab
Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia sudah melaburkan tirainya sejak minggu lalu lagi, tetapi status pemain naturalisasi Malaysia iaitu Lee Tuck masih terus menjadi persoalan kerana masih tidak mempunyai kelab.
Sekiranya Lee Tuck masih terus konsisten tanpa minit permainan semestinya bakal menyukarkan diri beliau sendiri untuk terus merebut tempat di dalam skuad Harimau Malaya memandangkan beliau telah menjadi watak penting pada perlawanan persahabatan serta kejohanan Piala AFF 2022 sebelum ini.
Tambahan pula, bermula bulan hadapan skuad kebangsaan akan mula menghadapi pelbagai perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang mempunyai kedudukan tinggi dalam bola sepak sebagai persediaan sebelum ke Piala Asia Qatar 2023.
Walaupun mempunyai prestasi yang cemerlang sebelum ini bersama Kedah FC tetapi sekiranya beliau terus berehat panjang tanpa bermain dalam mana-mana liga secara profesional pasti pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan Gon akan mempertimbangkan kedudukan beliau semula.
Pemain 35 tahun itu kini telah mengumpul sebanyak 8 kap bersama skuad Malaysia dan berjaya menghasilkan dua jaringan gol selain terlibat dalam bantuan jaringan ketika bermain buat skuad Harimau Malaya.
Tambahan pula, pastinya penggalaman beliau sebelum ini mampu membantu jentera serangan pasukan negara dengan gerakan-gerakan yang merbahaya kepada pasukan lawan justeru mampu memberikan saingan yang sengit di dalam perlawanan persahabatan ataupun sebarang kejohanan yang akan datang.
Lee Tuck yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga Harimau Malaya juga wajar membuktikan bahawa kehadiran beliau sebagai pemain naturalisasi adalah berbaloi walaupun sedang berada pada kemuncak usia sebagai seorang pemain.
Oleh itu, Lee Tuck perlu segera mencari kelab baru sekiranya beliau ingin terus mendapatkan tempat sebelum ke Qatar nanti agar dapat mengekalkan rentak serta prestasinya sebagai pemain yang berkaliber.