Junior Eldstal masih belum berpeluang untuk membuat debut pertama bersama Dewa United
Selepas diumumkan secara rasmi sebagai pemain yang bakal menguatkan jentera pertahanan pasukan Dewa United FC dalam saingan Liga 1 Indonesia bulan lepas, Junior Eldstal masih belum berjaya mendapatkan debut pertamanya bersama kelab itu lagi.
Walaupun sudah memulakan latihan bersama pasukan itu sejak dua minggu yang lalu, namun beliau hanya sekadar berada di dalam senarai bangku simpanan sahaja dalam perlawanan yang melibatkan kelabnya hari ini.
Kesebelasan utama adalah seperti berikut Sonny Steven (PG), Ahmad Rusadi, Agung Mannan, Risto Mitrevski, Henhen, Alttah Ballah, Asep Berlian, Dimitrios Kolovos, Egy Maulana Vikri, Majed Osman, Alex Martins.
Pemain simpanan pula Natshir (PG) Junior Eldstal, Zaenuri, Nasir, Ady Setiawan, Theo Fillo, Ichsan, Dicky, Feby Eka, Bagaskara.
Mungkin terlalu awal untuk memperkatakan mengenai kelibatnya bersama kelab tersebut, namun beliau perlu segera mempamerkan aksi baik untuk menarik perhatian ketua jurulatih Jan Olde Riekerink untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi memastikan beliau mendapat minit permainan kompetitif sebanyak yang mungkin.
Ini adalah bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tempatnya dalam pasukan kebangsaan Harimau Malaya menjelang beberapa perlawanan persahabatan termasuk kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 dan Piala Asia 2023 nanti.
Ketika ini pengendali skuad negara Kim Pan-gon mempunyai banyak pilihan pemain baik pemain tempatan mahu pun naturalisasi untuk dipanggil memperkuat skuad negara, oleh itu beliau pastinya mendapat perlawanan kompetitif secukupnya untuk mengekalkan tempatnya.
Rekod baik Junior yang pernah bermain di Thai League 1 bersama Chonburi FC dan mengumpul pelbagai kejuaraan bersama Johor Darul Takzim (JDT) tidak menjanjikan kedudukan beliau selamat dalam skuad kebangsaan.
Seluruh peminat bola sepak tanah air kini teruja menanti debut pemain itu bersama kelab barunya dan berharap beliau mampu menjadi tonggak utama pasukan itu.