Sangat gembira cuti musim panas dihabiskan dengan memenangi kejuaraan – Liyana Durisic

191

Pemain golf amatur, Liyana Durisic menjulang trofi Kejuaraan Corolla Cross Cup 2023 selepas mengetepikan pemain profesional negara Aretha Pan dalam saingan Play-off apabila terikat di kedudukan pertama.

Liyana yang kini sedang bercuti daripada Kolej Golf di Amerika Syarikat akui gembira dengan pencapaiannya hari ini sekaligus menaikkan lagi semangat beliau untuk menghabiskan baki tempoh pembelajarannya.


“Saya sangat gembira dengan prestasi saya sekarang memandangkan cuti musim panas kali ini dihabiskan dengan memenangi kejuaraan dan menaikkan lagi semangat saya untuk menghabiskan pelajaran di Kolej Golf nanti,”

katanya.

Beliau juga berkongsi tentang lapangan Palm Garden Golf Resort, Putrajaya yang memaksa beliau untuk bermain dengan lebih konservatif memandangkan lapangan tersebut lebih curam dan bola mudah untuk menggelongsor.

“Permainan saya untuk kejohanan ini agak begitu baik walaupun saya agak goyah di hari kedua, untuk kejohanan kali ini saya hanya ingin bermain secara konsevatif, bermain lebih selamat kerana lapangan di sini agak sukar kerana bola mudah gelogsor,”

Beliau yang kini berada di tahun akhir Kolej Golfnya di Amerika Syarikat memaklumkan bakal kembali ke Malaysia selepas tamat pembelajaran disamping akan memulakan kariernya sebagai pemain profesional.

“Saya bakal kembali pulang ke Amerika Syarikat dalam dua hari lagi kemudian saya akan habiskan Kolej Golf saya dalam tempoh setahun sahaja lagi dan saya akan pulang ke Malaysia untuk bermain secara profesional.”