Kami ingin mencungkil bakat dan saling bertukar budaya melalui bola sepak – Anson Koh

176

Organisasi LaLiga juga turut memberikan sokongan penuh akan penganjuran Kejohanan Remaja LaLiga bagi mengembangkan lagi sukan bola sepak serta mencungkil bakat muda di Malaysia.

Pengarah Kejohanan Remaja LaLiga, Anson Koh menjelaskan bahawa kejohanan yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


“Melalui pemantauan bakat dalam sebuah kejohanan, ramai yang datang dari Johor, Penang dan Kedah kerana meminati sukan ini walaupun mereka bukanlah pemain profesional ataupun dari akademi bola sepak,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kejohanan yang berlangsung ini dilihat mampu melahirkan bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak di Malaysia.

Malah beliau juga yakin dengan sokongan daripada pihak LaLiga sendiri pasti dapat mengembangkan lagi pencarian pemain muda yang berpotensi.

“Kami dapat melihat bahawa bola sepak di Malaysia sebenarnya mempunyai potensi yang besar tetapi ramai orang yang tidak nampak mereka.”

Dengan kerjasama bersama LaLiga juga, Anson berharap pemain muda akan mendapat pendedahan yang sewajarnya untuk membantu perkembangan bola sepak untuk lebih maju di masa akan datang.

Malah, beliau juga yakin mampu melahirkan pemain muda yang berkualiti dengan adanya kerjasama bersama LaLiga.

“Kami ingin mencungkil bakat dan saling bertukar budaya melalui bola sepak. Itu adalah objektifnya. Pemain muda ini sekiranya diberi latihan yang betul dengan rancangan yang teliti mengikut silibus yang telah kami sediakan, mereka pasti boleh pergi lebih jauh.”