Lee Tuck bakal tinggalkan Malaysia selepas lima tahun?

269

Sejurus selepas menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman FC (KDA) atas persetujuan bersama tempoh hari, pemain naturalisasi negara iaitu Lee Tuck dijangka bakal meninggalkan Malaysia selepas tidak menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia apabila jendela perpindahan kedua ditutup baru-baru ini.

Melalui hantaran terbaru daripada laman Instagram milik Lee Tuck, beliau telah memuat naik foto barangan milik beliau dan keluarganya sudah dikemas rapi dan tersimpan dalam timbunan kotak “Crown Relocations” yang pada kebiasaanya melakukan pemindahan antarabangsa.


Kelihatan seperti beliau bersama keluarganya akan sudah meninggalkan kediaman mereka sekarang dan akan berpindah jauh untuk mencari penggalaman baru.

Lee Tuck yang masih berstatus agen bebas dijangka bakal berkelana ke luar negara untuk bersama kelab lain sebagai destinasi baru.

Malah, beliau turut mengucapkan selamat tinggal kepada rakan baiknya iaitu Nick Swirad yang turut hadir ke kediaman beliau dengan ucapan “See you on other side”.

Melalui hantaran InstaStory daripada isteri beliau juga, kelihatan mereka sekeluarga sedang menaiki buggy dan sedang berada di lapangan terbang.

Walaupun berusia 35 tahun, beliau terus mempamerkan prestasi terbaik beliau oleh itu tidak hairan jika beliau mendapat tawaran dari kelab di luar negara.

Ia adalah satu petanda yang cukup positif di mana pengalaman beraksi di luar negara pastinya dapat digunakan apabila menyarung jersi Harimau Malaya nanti.