E. Elavarasan akan terapkan taktikal sama walaupun turun dengan bukan skuad utama

302

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-23, E. Elavarasan memberitahu tiada perubahan taktikal akan dilakukan walaupun tidak pemain dari skuad utama tidak dapat bersama pasukan untuk kejoahanan Piala AFF 2023 di Rayong, Thailand bermula 17 hingga 26 Ogos ini.

“Biasanya kalau FIFA day kelab akan lepaskan pemain utama tapi dalam non FIFA day ini apa yang kita perlu ada kita cari pemain yang boleh sesuai dengan cara kita main atau boleh serasi apa yang kita mahu dalam modul kita.

Itu pun kita minta pelepasan dari persatuan untuk dapat pemain. Apa yang kita yang dapat adalah yang terbaik untuk sekarang.

Kita akan ikutkan apa yang modul skuad utama, kita akan cuba buat apa yang skuad utama buat seperti yang saya cakap pada temasya Sukan SEA kita perlu banyak ubah dan perbaiki, setiap kejohanan kita akan cuba perbaiki untuk dapatkan keputusan terbaik,”

katanya.

Tambahnya lagi, sasaran untuk mara ke perlawanan akhir juga sasaran yang kerana baginya setiap kejohanan yang disertai sudah pasti mereka mahu mencapai keputusan terbaik.


Skuad Harimau Muda telah memulakan kem latihan pusat hari pertama yang akan menyaksikan sebanyak 25 pemain telah dipanggil dengan 15 pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan nanti.

Bagaimanapun memandangkan saingan liga masih berjalan, sesi latihan pada hari pertama tadi hanya 13 pemain melapor diri sebelum baki pemain lain akan melapor diri dalam masa terdekat.

“Untuk hari ini 13 pemain sudah melapor diri, esok kita ada enam pemain lagi akan lapor diri dan kita akan dapat skuad penuh pada 15 Ogos ini yang mana kita ada masa tiga hari untuk persiapkan skuad.”

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen menentang Indonesia pada 18 Ogos sebelum bertemu Timor Leste pada 22 Ogos.

Sementara itu, Elavarasan turut mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab yang sanggup melepaskan pemain untuk menyarung jersi kebangsaan bagi menyertai kejohanan Piala AFF.