Madame Pang bakal ucapkan selamat tinggal selepas 9 tahun bersama Port FC
Pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madame Pang kini bersedia untuk melepaskan posisinya sebagai pemimpin kelab Port FC sekiranya beliau dipilih untuk menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Madame Pang atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam yang merupakan bilionair daripada negara gajah putih itu mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam komuniti bola sepak di Thailand memandangkan beliau juga antara penyumbang terbesar bagi pembangunan pasukan negara tersebut.
Memulakan sejarah bersama Port FC pada tahun 2015 dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama Port Authority of Thailand (PAT) untuk mengendalikan keseluruhan pengurusan kelab baik keluar masuk pemain dan juga staf di dalamnya.
Madame Pang hanya memerlukan dua musim untuk membawa Port FC memecah pintu masuk ke Liga 1 Thai dan sehingga kini mereka masih mengekalkan momentum untuk berada di kedudukan 10 pasukan terbaik setiap musim.
Mengikut pengiraan yang ditunjukkan dalam laman sesawang transfermarkt, Port FC merupakan pasukan ketiga termahal dalam Liga 1 Thailand dengan jumlah RM 36.47 Juta di bawah BG pathum United dan Buriram United.
Dengan kepergian beliau daripada kelab tersebut sudah pasti banyak perubahan berlaku terutama daripada segi pengurusan kelab melainkan penggantinya mempunyai nilai kekayaan yang sama atau lebih daripada dirinya.
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh pengguna twitter iaitu @ta_lao19 memaklum bahawa Madam Pang sememangnya sudah bersedia untuk melangkah keluar daripada pasukan bola sepak tersebut.
Namun ia juga mendapat beberapa reaksi daripada para pengguna twitter berkenaan keputusan beliau untuk mengundurkan diri setelah melabur banyak kepada pasukan itu.
“Kami akan rindukan duitnya, itu sahaja! Saya rasakan ramai penyokong baik-baik sahaja dengan pengunduran ini dan kita akan kembali kepada nilai traditional memandangkan startegi PAT menggunakan nama besar dan social media tidak berkesan,”
tulis @JNB_91
“Walau apa pun yang difikirkan oleh peminat, kelab itu akan tetap merinduinya melainkan ada seseorang yang mempunyai pengaruh kewangan yang sama datang untuk ambil alih,”
@Rob_Bernard
“Menarik untuk melihat sama ada pengurusan mikro yang obsesif adalah lebih baik daripada tiada pengurusan langsung.”
@coach_samuelT
Beliau yang kini berusia 57 tahun sudah tidak asing lagi dengan kancah bola sepak Thailand dan menjadi salah seorang figura yang penting dalam kemajuan serta pembangunan industri tersebut.
Madame Pang boleh dikatakan membawa watak yang serupa seperti Tunku Mahkota johor (TMJ) yang tidak putus-putus merevolusikan industri bola sepak tanah air sehingga membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi.