AFC tubuh Liga Juara-Juara Elit, USD 12 Juta jadi buruan kelab-kelab Asia!
Konfederasi bola sepak Asia (AFC) kini tampil dengan idea menarik apabila melakukan penjenamaan semula Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan mengumumkan kejohanan baru musim 2024/25 nanti iaitu Liga Elit Juara-juara AFC (ACLE).
Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang sudah bermesyuarat pada isnin lalu turut memperkenalkan Liga Juara-juara AFC 2 (ACL2) bagi menggantikan Piala AFC yang mana akan dan sebuah kejohanan baharu iaitu Liga Cabaran AFC (ACGL) turut diperkenalkan.
Selain daripada itu juga menurut kongsian yang dibuat dalam sidang tersebut, hadiah bagi kejuaraan ACLE kelak adalah berjumlah USD 12 Juta (RM 55.5 Juta) dan ini merupakan sejumlah hadiah yang besar jika dibandingkan USD 4 Juta (RM18.5 Juta) dahulu.
Dengan penjenamaan semula yang dibuat oleh AFC ini, format pertandingan secara tidak langsung turut dirombak apabila sebelum ini ACL disertai oleh 32 pasukan namun bagi ACLE kelak ia telah dikurangkan kepada 24 pasukan sahaja.
Selain itu juga, ACL2 yang kini hadir dengan penyertaan 39 pasukan turut dikecilkan kepada 32 pasukan dan akan dipecahkan kepada lapan kumpulan dan dimainkan secara round robin seperti yang digunapakai dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.
Setelah tiba dikelompok 16 terakhir perlawanan akan dimainkan secara timbal balik dan berterusan sehingga memasuki perlawanan separuh akhir.
Memandangkan bola sepak wanita semakin berkembang pesat, menerusi sidang perbincangan yang berlangsung itu juga membincangkan berkenaan penubuhan Liga Juara-Juara Wanita AFC yang bakal direalisasikan bermula musim hadapan bagi menggantikan Kejohanan Kelab Wanita yang sudah dimainkan sejak 2019.
Hal ini secara tidak langsung memberikan lagi sinar harapan dalam melahirkan lebih banyak pasukan-pasukan wanita dalam menyahut seruan perkembangan industri ini.
Oleh yang demikian, pengumuman ini sudah pastinya memberi khabar gembira buat semua peminat bola sepak terutama golongan wanita.