Kejohanan Piala AFF B-23 satu platform untuk pikat jurulatih dipilih ke pentas AFC – Aiman Afif
Pemain B-23 kebangsaan, Aiman Afif mahu menjadikan kejohanan Piala AFF B-23 sebagai pentas untuk menonjolkan bakatnya untuk terus dipilih pada Kejuaraan AFC B-23.
Katanya, setiap pemain harus memberikan komitmen 100 peratus pada kejohanan itu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu ke perlawanan akhir.
“Saya jadikan ini satu platform untuk pikat jurulatih untuk ke kejohanan AFC pula selepas ini.
Sasaran ke perlawanan akhir memang satu tanggungjawab yang besar untuk kami tetapi dengan pemain yang ada sata rasa kita boleh jadikan ini sebagi satu pasukan yang baik,”
katanya.
Walaupun bermain di posisi serangan, Aiman menganggap bahawa tugas untuk menjaringkan gol boleh dipikul oleh setiap pemain atas padang.
Dalam pada itu, beliau menegaskan walaupun Indonesia bakal turun tanpa beberapa pemain terbaik, pasukan tersebut tidak boleh dipandang rendah.
“Bagi saya kumpulan kita agak sukar juga jadi kita kena kutip mata dalam setiap perlawanan.
Walaupun Indonesia akan turun tanpa beberapa pemain, saya rasa kekuatan mereka sama saja dan kita tak boleh pandang mudah mereka.”
Tambahnya, persefahaman dalam pasukan semakin baik dan percaya ia akan meningkat dengan lebih banyak sesi latihan selepas ini.