Musim lalu KDA FC beri ‘guard of honour’, musim ini Stadium Darul Aman bakal jadi saksi JDT juara Liga Super ke-10 berturut-turut

543

Pendahulu Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan gelaran juara Liga Super 2023 justeru merekodkan kejuaraan kesepuluh mereka berturut-turut dalam kancah bola sepak Malaysia.

Kelab itu dijangkakan bakal menoktahkan kemenangan mutlak mereka secara rasmi ketika perlawanan menentang Kedah FC di Stadium Darul Aman pada Sabu depan.


Sekiranya JDT berjaya menempah kemenangan mereka di situ, maka buat pertama kalinya kelab juara bertahan itu akan menempah kemenangan awal di stadium luar selain dari gelanggang keramat mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim sejak perasmiannya pada tahun 2020.

Para penyokong Kedah juga boleh dikatakan ‘beruntung’ dapat menyaksikan detik bersejarah itu di Stadium Darul Aman apabila kelab dari Selatan tanah air itu merangkul kejuaraan kesepuluh mereka berturt-turut.

Pada musim lalu, pasukan Kedah menunjukkan semangat kesukanan dengan memberikan ‘guard of honour‘ kepada JDT apabila mereka berkunjung ke Stadium Darul Aman selepas ditabalkan sebagai juara pada perlawanan sebelumnya.

Kejuaraan dengan rekod luar biasa kerana masih belum tewas sepanjang 20 perlawanan pasti akan diteruskan oleh JDT untuk terus cemerlang mendominasi Liga Super.

Malah musim ini sahaja pelbagai rekod lain yang telah dicatatkan oleh JDT dalam saingan Liga Super seperti kemenangan berturut-turut paling lama, rekod tanpa kalah paling lama dan jaringan terbanyak dalam satu musim Liga Super.

JDT yang sebelum ini sentiasa disahkan sebagai juara pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim bakal merasai pengalaman baharu menyambut kejuaraan di stadium lain

Harimau Selatan dijangkakan akan meneruskan rentak cemerlang mereka sebagai gergasi kelab bola sepak di Asia Tenggara dan akan bermain dalam kejuaraan paling besar di Asia iaitu AFC Champion League yang akan bermula pada bulan hadapan.