Atlet e-sukan sekarang lebih mudah kerana semua disediakan, zaman dahulu semuanya buat sendiri – Soloz

232

Atlet e-sukan terkemuka, Soloz mengakui arena e-sukan kini semakin berkembang dengan pelbagai kemudahan yang telah tersedia untuk para pemain berbanding ketika zaman beliau bermula dahulu.

Katanya, pemain kini disediakan dengan persekitaran yang dapat membantu mereka untuk menjadi lebih baik daripada bahagian teknikal sehinggalah kepada pengurusan harian.


“Zaman sekarang kita boleh lihat setiap pasukan ada jurulatih, pengurus dan lain-lain lagi, zaman saya dahulu memang semuanya sendiri, basuh jersi pun sendiri.

Kini, para pemain hanya hadir sesi latihan dan ikut jadual pihak pengurusan sediakan, mereka sudah dilatih seperti atlet profesional,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain itu, Soloz menyifatkan bahawa golongan masa kini semakin menerima e-sukan dan memberi sokongan kepada individu yang mahu menceburi bidang itu.

Beliau berharap lebih banyak peluang pekerjaan akan wujud dalam arena e-sukan dan Malaysia dapat mengejar kemajuan negara-negara jiran.

“Ketika saya mula dahulu memang sukar kerana ibu bapa dan orang sekeliling pada  waktu itu memang tidak sokong, netizen pun asyik marah saja.

Sekarang ini mereka sudah sedar bahawa e-sukan boleh menjadi karier, dan saya lihat peluang pekerjaan dalam bidang ini juga semakin meluas.”

Dalam pada itu, Soloz berkata bahawa beliau tidak berhasrat untuk menyertai sebarang kejohanan dalam masa terdekat ini selepas membuat kemunculan semula pada MPL musim 11.

Beliau menjangkakan pasukan Todak, HomeBois dan SMG akan berada di kedudukan tiga teratas MPL musim ini.