Saya kekal sebab Team Haq sanggup keluar modal lebih-Garyy

318

Jungler pasukan Team Haq Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Syafizan Najmi akui pernah ditawar bermain dengan pasukan gergasi Malaysia Mobile Legends Professional League Malaysia (MPLMY) namun memilih untuk kekal.

Syafizan Najmi atau lebih dikenali sebagai Garyy dalam kancah MLBB melihat Team Haq musim ini sangat komited untuk bersaing di MPL apabila sanggup mengeluarkan modal untuk membawa pemain-pemain yang berkualiti.


“Ada dapat tawaran daripada dua pasukan gergasi MPL tapi saya kekal dengan Team Haq disebabkan pasukan ini danggup untuk laburkan duit bawa masuk pemain-pemain baru selain hubungan saya dengan mereka masih baik,”

jelasnya kepada Harimau Malaya.

Dengan sistem emblem yang baru memperlihatkan lebih banyak variasi hero yang boleh digunakan sebagai jungler musim ini apabila hari ini para pemain ada menggunakan hero Alice (mage) dan Nathan (marksman) untuk digunakan sebagai jungler.

Pemain yang baru berusia 19 tahun itu juga gembira melihat senario MLBB tanah air yang sudah perlahan-lahan melahirkan pemain-pemain yang berkualiti terutama mereka yang bermain di posisi yang sama seperti beliau iaitu jungler.

“Saya gembira semakin ramai pemain asal Malaysia semakin hebat terutama di posisi jungler dan untuk musim ini saya akan lebih utamakan untuk tambah baik diri saya,”

Turut mengulas isu yang sebelum ini hangat diperkatakan iaitu urusan jual beli slot kelayakan ke MPL musim ke-12, Garyy tidak memandang isu ini suatu yang besar dan beliau merasakan kemenangan 2-0 hari ini ke atas Team Secret hari ini membuktikan usaha mereka bersaing daripada pusingan pertama kelayakan.

“Kami bermula daripada pusingan pertama kelayakan bukan tiba-tiba terus layak ke lapan pasukan terbaik dan untuk isu beli slot ni kami dah buktikan hari ini kami mampu bersaing di MPL,”