Sebelum perlawanan ‘coach’ dah minta saya bersedia untuk beri impak dari bangku simpanan – Fergus Tierney

672

Penyerang skuad B-23 kebangsaan, Fergus Tierney memuji perancangan ketua jurulatih, E Elavarasan yang berjaya membuatkan Malaysia bangkit menewaskan Indonesia pada aksi Piala AFF B-23 sebentar tadi.

Katanya, Elavarasan memberi kepercayaan kepadanya untuk masuk sebagai pemain gantian dan mengubah permainan memihak kepada Malaysia.


“Sebelum perlawanan jurulatih beritahu saya bahawa saya perlu bersedia untuk masuk pada separuh masa kedua untuk berikan impak.

Beliau mempunyai perancangan yang baik dan ternyata ia menjadi pada perlawanan ini,”

katanya.

Pemain berusia 20 tahun ini menjaringkan dua gol untuk membantu Malaysia bangkit daripada ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama.

Dalam pada itu, beliau mengakui Indonesia sememangnya satu pasukan yang kuat dan tidak mudah untuk menewaskan mereka.

“Kita tahu Indonesia adalah sebuah pasukan yang kuat, mereka baru menang pingat emas Sukan SEA.

Mereka tidak bernasib baik dalam perlawanan ini tetapi saya ucapkan selamat maju jaya untuk perlawanan seterusnya.”

Beliau tekad mahu terus mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan selepas ini dan mahu menjadi juara.