Kami belum menang lagi, masih ada satu perlawanan yang sukar – Patt Sriwijit

115

Ketua jurulatih Selangor TOT United, Patt Sriwijit menganggap pasukannya masih belum selamat dengan kelebihan hanya satu jaringan ke atas Pahang Rangers dalam saingan Piala Futsal Malaysia 2023.

Katanya, mereka perlu kekal fokus dan menganalisis perlawanan hari ini untuk perlawanan kedua Rabu depan.


“Kita masih belum menang lagi, ada satu lagi perlawanan selepas ini, kita perlu analisis perlawanan hari ini dan kembali dengan lebih baik Rabu ini.

Kita berlawan dengan pasukan juara liga, ia bukan sesuatu yang mudah, jadi kita perlu bekerja keras,”

Sriwijit berkata, selepas tewas pada separuh akhir MPFL, beliau mahu mencatatkan permulaan yang baik untuk Piala Futsal Malaysia.

Dalam pada itu, beliau gembira dengan persembahan import baharu, Guntur Sulistyo Ariwibowo yang menjaringkan satu gol pada perlawanan hari ini.

“Saya amat gembira dengan persembahan Guntur, beliau sebelum ini bermain untuk Black Steel Papua yang pernah dikendalikan ketua jurulatih Malaysia sekarang.

Saya dan jurulatih itu pernah bekerjasama sebelum ini jadi senang memahami gaya permainan Guntur.”