Semuanya sudah cukup baik, cuma kita perlu perbaiki penyudah – Rosni Hamid

93

Ketua jurulatih pasukan wanita Selangor FC, Rosni Hamid mengakui pasukannya harus memperbaiki penyudah mereka pada perlawanan seterusnya.

Beliau merasakan bahawa gaya permainan pasukannya sudah cukup baik tetapi ketumpulan di bahagian serangan membuatkan mereka tidak dapat menjaringkan gol.


“Saya akan perbaiki di bahagian penyudah, bagi saya setakat ini taktikal tiada masalah, persefahaman juga baik, mungkin penyudah sahaja yang perlu dipertingkatkan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas tamat aksi Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 menentang Kelana United FC yang berakhir 0-0.

Jelas Rosni, pada separuh masa pertama, mereka menguasai perlawanan dan berjaya membuat beberapa percubaan.

Namun, ketika separuh masa kedua, Kelana United tampil lebih baik menyebabkan mereka terpaksa menggunakan taktikal serangan balas.

“Sepatutnya pada separuh masa pertama kita bertahan dan menyerang pada separuh amsa kedua tetapi pada separuh masa kedua pihak lawan menguasai bola.

Saya juga ada membuat beberapa perubahan pemain tetapi kita tidak ada rezeki untuk menang hari ini.”