Kami agak lambat ‘panas’ pada perlawanan ini, satu mata bertemu Selangor FC adalah berharga – Razman Roslan
Ketua jurulatih skuad wanita Kelana United FC, Razman Roslan mengakui anak-anak buahnya lambat ‘panas’ pada perlawanan menentang Selangor FC dalam Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 sebentar tadi.
Katanya, selepas memperbaiki kelemahan di separuh masa pertama, mereka nampak lebih yakin dan baik pada separuh masa kedua, namun tidak berjaya menyudahkan peluang.
“Untuk kami mungkin agak lambat ‘panas’ pada perlawanan hari ini, tetapi pada separuh masa kedua selepas beri teguran dan perbetulkan kesilapan, kita dapat lihat pemain mengikut apa yang kita mahukan.
Tetapi bagi saya satu mata menentang Selangor adalah mata yang berharga, saya harus puji para pemain yang berikan sepenuh tenaga,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itum beliau mengakui ketiadaan beberapa pemain seperti Intanserah sedikit merencatkan permainan pasukan.
Namun, beliau menyifatkan pemain-pemain lain yang turun berjaya bermain dengan baik pada perlawanan itu.
“Memang ada kesan apabila pemain seperti Intan tidak dapat bersama kita dalam dua perlawanan ini, selain ada beberapa pemain yang cedera, jadi ia mengganggu persiapan.
Tetapi pemain yang ditugaskan untuk bermain pada hari ini melakukan tugas yang baik.”
Tambahnya, mereka perlu memperbaiki penyudah menjelang perlawanan seterusnya untuk memastikan mereka berjaya menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya.