Ketiadaan beberapa pemain beri kesan, ada yang terpaksa main di posisi lain – Hanis Azizan

135

Pemain skuad wanita Kelana United FC, Hanis Azizan menganggap ketiadaan beberapa pemain pada perlawanan menentang Selangor FC sedikit memberi kesan pada aksi Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 sebentar tadi.

Katanya, ia mengganggu perancangan kerana terdapat beberapa pemain yang terpaksa bermain di posisi yang lain.


“Memang ketiadaan beberapa pemain beri kesan kepada kami, ada beberapa pemain yang terpaksa bermain di posisi lain tadi.

Tetapi kami harungi juga perlawanan dengan pemain yang ada, tetapi bagi saya kita sudah main dengan cukup baik pada hari ini, cuma penyudah tiada,”

Beliau berkata demikian selepas perlawanan menentang Selangor FC yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 0-0.

Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa pemain Kelana United lambat ‘panas’ pada perlawanan itu, dan bermain lebih baik pada separuh masa kedua.

Tambahnya, mereka perlu memperbaiki penyudah menjelang perlawanan seterusnya.