Berstatus bebas! Denmark destinasi terbaik buat Misbun Sidek?
Berikutan bekas jurulatih badminton perseorangan remaja negara iaitu Datuk Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini, jurulatih itu kini menjadi rebutan dan sedang dirisik oleh beberapa negara dari benua Asia dan Eropah.
Sebelum ini Misbun dikaitkan dengan negara di Asia Tenggara seperti Singapura dan Thailand, namun dengan pengalaman yang cukup luas dalam dunia badminton pastinya khidmat beliau turut ditagih oleh negara di Eropah.
Denmark mungkin antara destinasi yang relavan dek pelapis pemain perseorangan di negara itu masih belum cukup memberangsangkan.
Dalam pada itu, prestasi pemain pelapis muda seperti Magnus Johannesen, Rasmus Gemke dari negara itu yang masih belum mendapatkan prestasi yang sebenar pasti memerlukan jurulatih seperti Misbun untuk meningkatkan kualiti serta bakat mereka secara konsisten.
Hal ini kerana sebelum ini juga beliau pernah dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pemain profesional dari Denmark untuk menimba penggalaman sebelum menghadapi kejohanan besar justeru membantu skuad Denmark secara tidak langsung untuk memenangi Piala Thomas pada tahun 2016.
Misbun yang pernah melahirkan pemain berkelas dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Muhammad Hafiz Hashim dan Roslin Hashim pasti khidmatnya menjadi taruhan kerana kemampuan beliau untuk melahirkan pemain nombor satu dunia yang baru.
Sekiranya Misbun menerima lamaran daripada negara lain sebagai jurulatih yang baru semestinya ia bakal menjadi tamparan yang hebat buat BAM kerana penggalaman Misbun sebelum ini serta mahir dalam selok-belok arena badminton negara.
Sekiranya pasukan negara bertembung dalam kejohanan besar bersama pasukan baru bimbingan Misbun, pasti akan ia akan menjadi cukup menarik untuk menyaksikan bagaimana anak didik barunya menentang bekas anak didiknya.