E. Elavarasan akui Vietnam mempunyai pemain-pemain yang berkualiti
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-23, E. Elavarasan menjangkakan perlawanan yang sengit apabila pasukannya akan menentang Vietnam dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF B-23 esok.
“Bagi saya di rantau Asia Tenggara, Vietnam adalah sebuah pasukan yang bagus. Pemain-pemain Vietnam juga berkualiti dan mereka sering memperoleh kejayaan dalam kejohanan yang disertai mereka,”
katanya.
Biarpun mengakui pasukan lawan sebuah pasukan yang bagus, Elavarasan bagaimanapun berkata pemain-pemainnya sudah bersedia untuk beri saingan sengit sekaligus mahu merebut slot ke perlawanan akhir.
Dalam pada itu, beliau yang ditanya mengenai kelemahan pasukannya berkata adalah kurang pengalaman di perlawanan kalah mati.
“Kelamahan kami adalah ini kali pertama kali layak ke separuh akhir setelah sekian lama tidak berjaya berbuat demikian. Itulah kelemahan kami.”
Terdahulu, skuad Harimau Muda berjaya mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir selepas berjaya menewaskan Timor Leste 3-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan B untuk menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.