Park Soon-tae guna elemen ‘kimchi’, lahirkan masa depan bola sepak Timor-Leste
Park Soon-tae kini bukan lagi nama asing dalam kancah bola sepak Asia Tenggara apabila berjaya membawa skuad B-23 tahun negara tersebut memberikan saingan buat pasukan-pasukan dominasi di peringkat Asia Tenggara.
Timor-Leste yang menunjukkan prestasi memberansangkan dalam beberapa siri kejohanan sebelum dijangka dalam tempoh 3 ke 5 tahun kelak berdasarkan taktikal dan corak permainan yang diterapkan oleh Soon-tae tidak mustahil pasukan ini mampu untuk mengejar pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain.
Skuad B-23 Timor-Leste menutup cerita mereka di Kejohanan AFF U-23 dengan dua kekalahan di peringkat kumpulan menentang Malaysia dan Indonesia namun kelibat mereka dalam edisi kali ini tanpak berbeza apabila berjaya memberi saingan sengit buat pasukan negara dan hanya kalah tipis dengan Indonesia yang merupakan juara Sukan Sea tahun ini.
Jika dilihat daripada segi rekod perlawanan dan kejohanan yang disertai pasukan negara ini seakan-akan sudah mula menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit.
Soon-tae mula mengendali skuad tersebut sejak Sukan Sea 2023 yang lalu telah menunjukkan sedikit sebanyak pengaruh serta corak permainan Korea Selatan yang dibawa olehnya ke dalam pasukan.
Seperti yang berlaku terdahulu di Sukan Sea, skuad muda negara mereka berjaya menumpaskan pasukan Filipina yang merupakan antara pasukan yang kuat juga di Asia Tenggara berpandukan ranking skuad senior, Filipina berkedudukan di tangga 136 ranking FIFA manakala Timor-leste masih jauh dikedudukan 196.
Perkara ini membuktikan bahawa jurulatih asal Korea Selatan sememangnya memberi impak yang besar dalam membangunkan bola sepak negara-negara di Asia Tenggara.
Hal ini dapat dibuktikan apabila negara-negara seperti Malaysia yang mengambil Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih memperlihatkan impak yang sangat mendadaka apabila dalam setahun sahaja skuad kebangsaan memanjat kedudukan FIFA daripada 156 tahun lalu kepada 138 tahun ini.
Selain Park Hang-seo yang berjaya menjadikan Vietnam sebagai pasukan terkuat di Asia Tenggara dan menduduki tangga ke-95 ranking FIFA sekaligus menyaksikan kebangkitan skuad-skuad Asia Tenggara ini mengejar kelompok-kelompok pasukan negara elit di bawah kendalian jurulatih Korea Selatan.
Sedikit latar belakang Soon-tae, beliau memulakan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional yang bermain di liga domestik dalam era tahun 80-an.
Memandangkan prestasi Soon-tae yang tidak memberansangkan, beliau memutuskan untuk menceburi bidang kejurulatihan dan mula mengambil tugasan sebagai jurulatih Sekolah Tinggi untuk beberapa tahun antaranya di Sekolah Tinggi Seoul Daedong Information dan Seoul Sports.
Sebelum berkhidmat untuk pasukan Timor-Leste beberapa bulan yang lalu beliau menabur bakti dalam kancah bola sepak universiti di Korea Selatan daripada tahun 2002 sehingga tahun 2018.
Dengan kemahiran serta pengalaman yang dimiliki sudah pasti lambat laun skuad kendalian Soon-tae ini bakal mampu bersaing sejajar dengan pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara.