Kenaikan harga tiket secara drastik akan bebankan penyokong Pahang Rangers!

80

Kecoh dalam kalangan peminat Pahang Rangers selepas pihak kelab mengambil keputusan untuk menaikkan harga tiket menjelang aksi perlawanan suku akhir kedua Futsal Piala Malaysia 2023 di antara kelab itu yang akan menentang Selangor TOT nanti.

Keputusan peningkatan harga tiket secara tiba-tiba tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang memuaskan terutamanya dalam kalangan penyokong setia mereka yang meminta penjelasan berikutan kenaikan harga tiket tersebut secara tiba-tiba.


Walaubagaimanapun, peningkatan tersebut dilihat wajar dilakukan pada masa akan datang secara berperingkat berikutan inisiatif tersebut akan dapat membantu aspek kewangan kelab untuk terus konsisten dengan prestasi yang cemerlang.

Tambahan pula, kualiti Pahang Rangers yang telah menjuarai Malaysia Premier Futsal League (MPFL) baru-baru ini juga membuktikan bahawa kelab tersebut sedang berada di landasan yang tepat untuk terus bersaing memberikan aksi terbaik mereka.

Perbelanjaan kelab yang semakin meningkat berikutan persaingan arena futsal di Malaysia yang semakin sengit semestinya memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi dari segi perolehan pendapatan kelab justeru untuk menjana lebih banyak kewangan untuk perbelanjaan kelab.

Dengan kehadiran penyokong dengan jumlah yang menggalakkan juga secara tidak langsung akan dapat membantu dari segi kutipan penjualan tiket serta membawa keuntungan kepada kelab sendiri.

Dalam pada itu, pengurusan Pahang Ranger juga perlu cakna akan perkembangan futsal di Malaysia yang masih setahun jagung dan sebarang tindakan drastik yang diambil memerlukan kajian secara menyeluruh agar tidak membebankan para penonton yang  hadir ke stadium untuk memberikan sokongan.

Semoga para penonton Pahang Rangers akan dapat terus memberikan sokongan kepada kelab itu pada hari perlawanan kelak untuk meningkatkan semangat serta moral para pemain.

Tahniah juga kepada pihak pengurusan Pahang Ranger yang prihatin untuk menurunkan semula harga tiket serta peka dalam mendengar keluhan para penyokongnya.