Faktor umur juga bukan penghalang – Zuhairi Sholahuddin

157

Jurulatih Futsal Komuniti Club Mohd Zuhairi Bin Sholahuddin merasakan peluang serta kepercayaan yang diberikan oleh komuniti itu kepada dirinya untuk menjadi jurulatih adalah satu langkah permulaan yang baik sebelum beliau bergelar sebagai jurulatih futsal suatu hari nanti.

“Saya menerima cabaran menjadi jurulatih kerana mahu memajukan diri saya sendiri pada masa yang sama sebagai permulaan karier sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Memandangkan beliau juga merupakan bekas pemain futsal profesional, fokus utama beliau adalah untuk mengajar teknik permainan futsal yang sebenar walaupun pemain-pemain yang hadir terdiri daripada individu yang sudah berusia serta tidak mampunyai asas dalam bermain futsal.


“Untuk permulaan ini kita mengajar teknik asas yang betul dahulu. Faktor umur juga bukan penghalang, sekiranya mempunyai bakat dan rajin pasti mereka akan dapat pergi jauh.”

Beliau juga melihat perkembangan komuniti futsal mampu menarik individu yang sebelum ini segan untuk melibatkan diri dalam sukan futsal untuk lebih berani kerana wujudnya komuniti tersebut adalah untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk bermain futsal.

“Jika terdapat banyak komuniti futsal seperti ini di banyak tempat pasti akan dapat membantu individu yang mempunyai sifat pemalu untuk turut serta dan melibatkan diri.”