Damien Lim cemerlang bersama Sabah FC, Kim Pan-gon tarik terus ke skuad Harimau Malaya
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengeluarkan senarai nama pemain yang akan membawa cabaran Harimau Malaya ke China bulan hadapan dan apa yang menarik perhatian adalah kemunculan pertama Damien Lim dalam skuad kebangsaan.
Damien Lim merupakan penjaga gol utama Sabah FC telah menjadi salah satu pilihan jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan-gon untuk dibawa ke China bagi mengharungi perlawanan persahabatan menentang Syria dan China.
Selain itu juga, ini merupakan cap yang pertama buat dirinya untuk menyarung jersi Harimau Malaya di usia 26 tahu.
Beliau juga merupakan antara penjaga gol yang kini menampilkan prestasi memberansangkan apabila berjaya mengekalkan rentak konsisten Sabah FC yang kini berada di kedudukan tangga keempat Liga Super Malaysia.
Sedikit latar belakang pemain berasal dari Kuala Kumpur ini, beliau pernah menyertai skuad Harimau Muda A pada tahun 2014 di usia 16 tahun dan menyertai National Premier Leagues di Australia dan meneruskan kariernya di pasukan Selangor B-21 pada tahun yang sama.
Dalam perjalan karier bola sepak Damien, beliau sangat dekat dengan pasukan-pasukan di Malaysia disebabkan sering dipinjamkan dan berpindah-pindah kelab kerana menginginkan waktu permainan.
Antara kelab yang pernah disertai Damien adalah PKNS, Kelantan dan Selangor United bagi tahun 2018 serta Petaling Jaya City dan Negeri Sembilan FC bagi tahun 2020 dan 2021.
Kemuncak prestasi beliau adalah ketika beraksi buat Negeri Sembilan FC apabila berjaya menjadi watak penting buat skuad Jang tersebut menjuarai Liga Premier tahun tersebut sekaligus membawa pasukannya kembali ke Liga Super Malaysia.
Di musim berikutnya, Datuk Ong Kim Swee tanpa teragak-agak untuk membawa pemain muda berbakat tersebut ke bumi borneo bagi bersama-sama penjaga gawang senior Khairul Fahmi Che Mat.
Musim ini Damien sudah bermain 12 perlawanan mengantikan Khairul Fahmi dan akhirnya beliau berjaya memperoleh panggilan skuad Harimau Malaya daripada Kim Pan-gon.
Diharapkan Damien dapat terus mengekalkan momentum bersama skuad Sabah FC dan memberikan yang terbaik bagi memastikan tempat ya di skuad kebangsaan yang akan ke China bulan hadapan.