Kerjasama Sepahan SC-KL City FC peluang buat kedua-dua kelab belajar dari satu sama lain – Hamed Asfa
Timbalan Ketua Hal Ehwal Antarabangsa Sepahan SC, Hamed Asfa menyifatkan kerjasama yang dijalinkan dengan KL City FC adalah satu peluang buat kedua-dua kelab mempelajari daripada satu sama lain dalam.
Katanya, acara yang dijalankan pada hari ini adalah satu lanjutan kontrak daripada kerjasama yang bermula pada tahun 2021 sebelum ini.
“Ini merupakan lanjutan daripada memorandum sebelum ini yang tidak dapat dipraktikkan akibat Covid-19, bagi saya ini adalah peluang yang baik buat kedua-dua kelab berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bola sepak.
Contohnya jurulatih KL City boleh hadir ke Sepahan untuk belajar kerana ketua jurulatih kami pernah menjadi pembantu kepada Jose Mourinho dalam lebih 300 perlawanan,”
katanya.
Dalam pada itu, CEO KL City, Stanley Bernard bangga dapat menjalinkan kerjasama dengan kelab ternama di Asia seperti Sepahan.
Katanya, ini merupakan salah satu peluang buat KL City untuk belajar daripada kelab yang berjaya seperti Sepahan.
“Kita lihat infrastruktur, stadium yang mereka ada, dan bagaimana mereka menjaga lebih 250 atlet bukan pemain bola sepak sahaja, ada banyak perkara yang kita boleh belajar.
Mungkin kita boleh dapatkan manfaat dari sudut taktikal dan teknikal juga, contohnya pemain di sana boleh dipinjamkan ke sini dan pemain kita juga boleh pergi ke sana.”
Katanya, kepercayaan Sepahan terhadap KL City, ketika sebelum mereka berjaya menjulang Piala Malaysia lagi menyebabkan kerjasama itu dimeterai.