Sabah FC bakal uji kekuatan Brunei sebelum memulakan saingan dalam Piala AFC

545

Kelab Sabah FC bakal mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan senior Brunei pada bulan hadapan serta merupakan satu inisiatif yang jarang dilihat di Malaysia apabila sebuah pasukan dari Liga Malaysia bertemu dengan pasukan utama negara.

Perlawanan persahabatan tersebut dijangka bakal menjadi medan persediaan buat kelab dari Negeri di Bawah Bayu itu memandangkan mereka bakal bermain di pentas Asia iaitu kejohanan Piala AFC yang akan membukai tirainya pada bulan hadapan.


Sabah telah diundi dalam Kumpulan H bersama Hai Phong FC (Vietnam), Hougang United (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia).

Perlawanan menentang pasukan yang berkualiti pastinya dapat menjadi medan terbaik buat pengendali kelab tersebut Datuk Ong Kim Swee melihat kelemahan serta kelebihan pasukannya.

Malah, untuk menambah baik kualiti pasukannya yang sebelum ini hanya bersaing di Liga Malaysia sahaja maka inisiatif melawan pasukan-pasukan bola sepak dari rantau Asia lain pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu beliau untuk mempersiapkan skuad terbaik.

Tambahan pula, pencapaian cemerlang musim lepas dengan membawa skuad Sang Badak sejak penswastaannya bermain dalam kejohanan besar peringkat Asia merupakan kejayaan sulung buat Kim Swee menghadapi saingan tersebut.

Pasti beliau mahu melakukan persiapan yang rapi kerana bakal bertemu dengan kelab-kelab besar dari rantau Asia.

Dengan mengadakan perlawanan persahabatan juga pasti dapat membantu menambah penggalaman beliau untuk memberikan aksi terbaik dengan corak serta taktikal yang bakal dipersembahkan kelak.

Dalam masa terdekat ini semestinya bakal ada lebih banyak perlawanan persahabatan yang akan dilakukan oleh pasukan Sabah bersama pasukan-pasukan lain bagi merperkuatkan pasukan itu sebelum bersaing dalam Piala AFC.

Stadium Nasional Hassanal Bolkiah akan menjadi lokasi perlawanan di antara Sabah dan Brunei pada 6 September 2023 nanti.