Dua kali menjuarai ACL! Bafetimbi Gomis mampu beri ancaman kepada JDT

141

Berikutan keputusan undian AFC Champion League (ACL) akan menyaksikan wakil tunggal dari Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam Kumpulan I dan bertemu kelab gergasi di Asia seperti BG Pathum United, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale.

Para peminat bola sepak tempatan juga bakal berpeluang untuk melihat jaguh bola sepak Perancis iaitu Bafetimbi Gomis yang kini sedang bermain bersama kelab dari Jepun, Kawasaki Frontale yang beraksi di J1 League.


Walaupun era kemuncak pemain berusia 38 tahun tersebut sudah berakhir tetapi kualitinya sebagai pemain profesional beliau mampu memberikan ancaman buat barisan pertahanan JDT dalam aksi saingan ACL kelak.

Kejohanan ACL bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana Gomis sebelum ini pernah merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dan menjuarai kejohanan tersebut sebanyak dua bersama Al Hilal pada edisi 2018/2019 dan 2020/2021.

JDT perlu merantai pemain berpenggalaman itu sekiranya ingin memecahkan rekod pada edisi musim lalu yang berjaya melangkah ke peringkat kalah mati.

Peminat bola sepak tempatan juga berpeluang untuk melihat aksi pemain tersebut yang bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam saingan yang akan bermula pada pertengahan bulan September.

Tambahan pula, melalui rekod pada edisi saingan ACL lepas menyaksikan JDT berjaya mengikat kelab itu dengan keputusan seri dan satu perlawanan lagi menyaksikan kelab dari Selatan tanah air itu tewas.

Dengan rekod yang cemerlang dalam saingan Liga Super Malaysia kini tidak mustahil jika JDT mampu melakar kemenangan lebih-lebih terdapat barisan pemain yang begitu berkualiti dalam pasukan mereka untuk terus memberikan saingan sengit.