Tempoh perjalanan tak beri kesan, kami biasa dengan perjalanan jauh di Indonesia – Michael Immanuel Gerald
Pengurus Bali United, Michael Immanuel Gerald tidak merasakan perjalanan jauh untuk ke gelanggang lawan dalam saingan Piala AFC akan memberi kesan kepada pasukannya.
Katanya, mereka sudah biasa melakukan perjalanan jauh dalam saingan Liga 1 Indonesia jadi ia bukanlah satu perkara yang baru.
“Saya rasa tempoh perjalanan tidak akan beri kesan kepada kami kerana di Indonesia juga sudah biasa melakukan perjalan jauh.
Mungkin apabila berdepan kelab Australia perjalanan sedikit jauh tetapi tiada masalah,”
katanya.
Bali United diundi dalam Kumpulan G bersama Terengganu FC, Central Coast Mariners dan Stallion Laguna.
Dalam pada itu, beliau berkata mereka akan melakukan yang terbaik untuk cuba layak ke peringkat seterusnya.
“Kita tak sabar untuk beraksi dalam kejohanan ini terutama berkunjung ke gelanggang lawan.
Kita akan cuba lakukan yang terbaik pada peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan seterusnya.”