Pengurus Besar BG Pathum United teruja untuk belajar daripada JDT dalam saingan ACL

556

Pengurus Besar BG Pathum United, Samai Seeyango menganggap diundi dalam Kumpulan I bersama-sama Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam AFC Champions League (ACL) musim ini adalah cabaran yang besar.

Katanya, sebagai pasukan paling kecil dalam kumpulan itu, sudah tentu ia bukan tugas yang mudah dan berharap dapat memberi yang terbaik dalam kejohanan itu.


“Kami adalah pasukan kecil dalam kumpulan itu, jadi ia adalah satu cabaran buat jurulatih, pemain dan juga pegawai kami.

Kita akan cuba yang terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi ia tidak mudah,”

katanya.

Beliau berkata ia adalah peluang yang baik buat para pemain belajar daripada pasukan-pasukan lain yang dianggap lebih besar, yang dibarisi pemain hebat.

Dalam pada itu, beliau tidak sabar untuk bertemu Kawasaki Frontale kerana salah seorang pemain mereka, Chanathip Songkrasin akan bertemu kelab lamanya kembali.

“Saya rasa para penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan bertemu Kawasaki Frontale kerana Chanathip pernah bermain di situ.”