Musim lalu biarkan berlalu, kali ini kami mahu balas dendam terhadap JDT – Ishida Ryota

633

Pegawai Media Kawasaki Frontale, Ishida Ryota tekad mahu membalas dendam terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Musim lalu, pasukan itu tersingkir daripada peringkat kumpulan ACL selepas hanya menamatkan peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang JDT.


“JDT merupakan pasukan terbaik dalam kumpulan kami musim lalu, tetapi kami mahu lupakan musim lalu dan membalas dendam pada musim ini.

Tetapi saya jangkakan dua perlawanan yang sukar menentang mereka terutama apabila bermain di Stadium Sultan Ibrahim,”

katanya.

Katanya, para penyokong JDT yang hadir begitu bersemangat dan ia boleh menjadi cabaran buat mereka.

Beliau memuji kualiti padang di SSI dan menyifatkan ia sama seperti yang ada di stadium mereka.

Selain JDT, Kawasaki Frontale bakal berdepan cabaran daripada Ulsan Hyundai dan BG Pathum United dalam Kumpulan I.