Misi dan visi program akar umbi MCFA untuk meramaikan semula pemain Cina dalam skuad negara – Datuk Wilson Hoi
Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Datuk Wilson Lau Hoi menganggap penganjuran Asian Grassroot Football Championship 2023 sebagai medan terbaik bagi sukan bola sepak menjadi medium untuk saling bertukar budaya kerana terdapat penyertaan daripada beberapa negara luar.
“Penganjuran ini bukan hanya untuk pemain tempatan sahaja. Saya juga menjemput pelbagai negara luar seperti China, Korea Selatan dan Australia agar mereka dapat saling bertukar budaya melalui bola sepak untuk meningkatkan perpaduan,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Selain untuk meningkatkan nilai perpaduan antara negara, misi dan visi program ini juga adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbangsa Cina yang mempunyai bakat bermula daripada peringkat akar umbi seperti kegemilangan era bola sepak Malaysia pada suatu ketika dahulu.
“Sebagai pemain bola sepak Selangor. Misi dan visi program akar umbi MCFA untuk meramaikan semula pemain Cina dalam skuad negara.”
Beliau juga merasakan program seperti ini wajar untuk terus dilangsungkan di masa akan datang untuk merancakkan pembanggunan arena bola sepak negara justeru akan wujud lebih banyak bakat muda yang akan menyinar melalui platform yang beliau sediakan ini.
“Program ini akan menjadi siri pembanggunan untuk pemain muda di Malaysia. Pada masa yang sama akan dapat mencungkil bakat dari peringkat akar umbi untuk mewakili peringkat negeri dan antarabangsa suatu hari nanti.”