Bermain bersama pasukan dari luar negara akan membantu perkembangan anak saya – Farid Kamil

727

Pelakon sensasi Malaysia, Farid Kamil yang juga mendaftarkan anaknya untuk mengambil bahagian dalam program Asian Grassroot Football Championship 2023 merasakan penganjuran kejohanan tersebut mempunyai standard tersendiri untuk membantu perkembangan bola sepak negara.

“Saya melihat kejohanan ini akan memberi impak positif kepada bakat muda yang baru ingin berkecimpung dalam sukan bola sepak kerana penganjuran kejohanan seperti ini mempunyai kelas mereka yang tersendiri,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Farid juga yakin dengan adanya program ini secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan potensi permainan anaknya serta memberikan penggalaman yang positif kerana bakat muda berpeluang untuk bermain bola bersama pasukan dari negara luar juga.


“Bermain bersama pasukan dari luar negara akan membantu perkembangan anak saya akan sukan bola sepak. Dengan pendedahan yang baik pasti meningkatkan perkembangan karakter anak saya.”

Kehadiran beliau juga dalam kejohanan itu adalah untuk memberikan sokongan moral kepada anaknya serta beliau percaya kehadiran ibu bapa akan menaikkan semangat anak-anak yang mengambil bahagian untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik.

“Kehadiran ibu bapa yang datang untuk memberikan sokongan semestinya akan memberikan impak positif kepada pemain sebagai semangat untuk mereka semakin maju kehadapan. Menang atau kalah belakang kira!”