Pemain-pemain saya sudah biasa menentang pemain yang lebih berusia – Kamaruddin Omar
Pengurus pasukan TSS Selangor, Kamaruddin Omar yakin bahawa dengan latihan yang cukup secara berkesan akan mampu untuk membawa kejayaan kepada pasukan bimbingannya itu dalam kejohanan Asian Grassroot Football Championship 2023 yang sedang berlangsung ketika ini.
“Antara resepi utama TSS Selangor untuk berjaya adalah dengan insentif latihan yang baik,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Dalam pada itu, Kamaruddin merasakan pasukannya itu berhak meraih kemenangan dalam kejohanan tersebut berikutan pasukannya telah menyertai pelbagai kejohanan sebelum ini dan bermain bersama pemain yang mempunyai had umur yang lebih tinggi.
“Untuk tahun lepas kita beraksi dalam kategori B-10 tahun hampir dalam 90 kejohanan ketika para pemain masih berusia 9 tahun. Maka pemain-pemain saya sudah biasa menentang pemain yang lebih berusia.”
Beliau juga yakin pasukannya itu mampu menghadapi kejohanan tersebut dalam kategori B-10 memandangkan pemainnya sudah mempunyai banyak penggalaman.
“Pada kejohanan kali ini saya merasakan mereka tiada masalah untuk menghadapi lawan yang mempunyai umur sama dalam kategori B-10 tahun.”