Syifahumairah tak gentar menentang pasukan lawan yang menurun semua pemain lelaki

395

Pemain bola sepak wanita Kota Setar Kids Football Club (KSK), Syifahumairah tiada masalah untuk beraksi di atas padang walaupun terpaksa menentang pasukan lawan yang menurunkan semua pemain lelaki.

Ia dibuktikan apabila Syifahumairah telah berjaya membantu pasukannya yang beraksi atas tiket All Star Jr Akademi Tunas Kota Setar menjadi juara dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 8 Tahun Piala Akademi Gladiators (ATM) 2023.


“Baru-baru ini saya telah bermain untuk Akademi Tunas Kota Setar di Kejohanan ATM 2023 selepas dipanggil jurulatih untuk turut serta yang mana pasukan lawan menurunkan kesemua pemain lelaki,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Syifahumairah yang bermain di posisi pertahanan tidak gentar berdepan lawan daripada lelaki dan ia dibuktikan selepas mereka berjaya muncul sebagai juara dalam kejohanan tersebut.

Menurut Syifahumairah, beliau mula menyertai KSK sejak berusia sembilan tahun dan sebelum berjaya menarik perhatian jurulatih untuk memberinya peluang beraksi pada Kejohanan ATM.

Untuk pengetahuan ramai, untuk kejohanan bola sepak bawah lapan tahun lelaki mereka membenarkan pemain wanita berusia 10 tahun bermain dalam kategori bawah lapan tahun lelaki.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu pemain bola sepak idolanya adalah pemain kebangsaan Malayan Tigress iaitu Intan Serah.