Pada masa akan datang kami akan membawa lebih banyak pasukan dari China, Eropah dan Amerika Syarikat – Gary Teh

91

Ketua Jawatankuasa Penganjur Asia Grassroot Football Championship 2023, Gary Teh komited penganjuran pada masa akan datang nanti beliau akan membawa lebih banyak pasukan dari luar negara untuk merancakkan lagi saingan kejohanan tersebut.

“Pada masa akan datang kami akan membawa lebih banyak pasukan dari China, Eropah dan Amerika Syarikat untuk terus memberikan peluang kepada para pemain untuk mengetahui bahawa terdapat jurang dalam permainan bola sepak mereka dan pasukan negara luar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Gary juga mahukan lebih banyak pasukan dari dalam atau luar negara untuk menyertai kejohanan tersebut di masa akan datang agar pemain B-10 mendapat pendedahan untuk meningkatkan potensi serta teknik permainan mereka.


“Saya berharap lebih banyak pasukan B-10 di akan dapat menyertai kejohanan ini. Sekiranya mereka tidak berpeluang untuk pergi luar negara kami akan membawa pasukan dari luar datang ke Malaysia untuk terus memberikan pendedahan kepada mereka akan teknik dalam bola sepak.”

Dengan pembangunan bola sepak akar umbi yang sedang berkembang di Malaysia kini, beliau mahukan lebih banyak kelab bola sepak untuk menyertai kejohanan tersebut pada masa akan datang dan tidak hanya bermain dalam liga tempatan sahaja.

“Saya mahukan semua kelab bola sepak ‘private’ boleh mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Jangan hanya bermain dalam liga tempatan sahaja kerana dengan hanya menjadi jaguh kampung semata-mata tidak akan dapat pergi jauh dalam sukan bola sepak.”