Saya dapat melihat perkembangan anak saya kini lebih yakin berbanding hari pertama – Farid Kamil

203

Pelakon terkenal Malaysia, Farid Kamil menganggap para pemain termasuk anaknya sudah dapat membiasakan diri pada hari kedua kejohanan Asia Grassroot Football Championship 2023 berbanding hari pertama dimana para pemain masih belum mendapat rentak permainan lagi.

“Pada hari kedua ini saya dapat melihat perkembangan anak saya dan pasukannya kini lebih yakin berbanding hari pertama dimana mereka masih mencuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran padang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Farid juga sedar bahawa terdapat kekangan masa untuk beliau terus konsisten dalam memberikan sokongan kepada anaknya ketika bermain bola sepak dan beliau percaya perkara itu sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada prestasi anaknya.


“Kadang-kadang saya terlepas latihan mereka dan implikasinya saya akan melihat prestasi permainan anak saya menurun. Sokongan dan kehadiran penting untuk perkembangan bola sepak anak saya.”

Dengan wujudnya penganjuran kejohanan tersebut yang bertaraf antarabangsa beliau yakin akan dapat membantu minat anaknya dalam sukan bola sepak dan berharap kejohanan tersebut akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Pada saya kejohanan ini satu perkembangan yang positif sebagai pendedahan kepada anak saya. Saya berharap lebih banyak kejohanan seperti ini di masa akan datang kerana merupakan sesuatu yang positif.”