Kena ada motivasi untuk menang, jika tidak baik tamatkan karier dari bermain futsal-Edgar Eder Baldasso

180

Jurulatih Selangor MAC, Edgar Eder Baldasso mahu para pemain kekalkan momentum dan motivasi untuk mengejar kemenangan jika tidak adalah lebih baik untuk mereka menggantung kasut dan meninggalkan arena futsal.

Skuad Selangor MAC yang bermain cantik di separuh masa pertama agak tersentak dengan gol awal pihak lawan Johor Darul Ta’zim namun disebabkan corak permainan yang kemas ditonjolkan pihak lawan, Selangor MAC gagal menembusi jaring dan ditumpaskan dengan skor 3-0.


Edgar yang ditemui usai perlawanan memberitahu untuk perlawanan seterusnya mereka perlu lebih bermotivasi untuk menang memandangkan kini mereka perlu berusaha lebih keras apabila bertandang di tempat lawan.

“Pemain perlu ada motivasi untuk lakukan yang terbaik dan semua pemain kita mempunyai semangat itu, sekiranya tiada mereka boleh menamatkan karier dan bersara jadi kami punya motivasi adalah untuk menang dan lakukan yang terbaik kerana satu lagi separuh akhir nanti adalah penting serta kami akan cuba yang terbaik,”

katanya.

Melihat kepada prestasi pemain import baru mereka, Edgar menjelaskan bahawa Takeshi Higuchi bermain dan menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka dari segi pemahaman taktik namun disebabkan sudah tidak bermain dalam jangka masa yang agak lama beliau perlukan sedikit masa lagi untuk memberi impak yang sebenar dalam pasukan.

“Takeshi seorang pemain yang bijak beliau sebelum ini tidak bermain selama dua ke tiga bulan yang mana beliau perlu meningkatkan kekuatan fizikal dan saya faham dengan situasinya sekarang selain saya gembira dengan perkembangan yang beliau lakukan dalam tempoh masa singkat ini.”