Pemain bermain dengan serius dan teratur seperti yang dirancang-Juan Antonio
Jurulatih skuad futsal Johor Darul Ta’zim, Juan Antonio akui perlawanan menentang Selangor MAC antara yang mencabar dan para pemain mereka bermain dengan sangat disiplin sehingga membuahkan kemenangan mala mini.
JDT malam ini meneruskan rekod cemerlang mereka apabila berjaya menumbangkan gergasi merah MAC di gelanggang keramat mereka dengan kelebihan tiga jaringan untuk dibawa pulang ke Pasir Gudang bagi aksi timbal balik nanti.
Juan yang ditemubual memberitahu kegembiraan para pemain mala mini seharusnya diraikan kerana mereka bermain dengan sangat baik dan bersungguh-sungguh untuk menyekat kemaraan Selangor MAC.
“Kami sangat gembira dapat menewaskan Selangor MAC hari ini namun ada satu lagi perlawanan sepatuh akhir kami perlu hormati pihak lawan dan saya sangat-sangat gembira juga kerana walaupun perlawanan ini bukan yang terbaik tetapi pemain bermain dengan serius dan teratur seperti yang dirancang,”
katanya.
Selain itu beliau turut memuji aksi yang ditonjolkan oleh Selangor MAC apabila mereka terpaksa berhempas pulas untuk mecuri kemenangan daripada bekas juara liga musim lalu itu.
“Apabila ada bermain di tempat lawan terutama dengan Selangor MAC yang pernah menjuarai liga dan bermain dengan juara liga tahun ini Pahang Rangers jelas mereka sebuah pasukan yang kuat selain para pemain perlu main dengan laju akan tetapi perlu juga tenang dan elak daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang mudah,”
Selepas berhempas pulas dalam beberapa bulan sebelum ini dengan penampilan sulung mereka dalam kancah Malaysia Premier Futsal League (MPFL), Juan akui para pemainnya kini sudah mula penat namun ini bukan pengakhiran buat mereka daripada mengejar kejuaraan Futsal Piala Malaysia tahun ini.
“Kami perlukan rehat kerana perjalanan kesini ambil masa dan cuaca yang agak panas selain itu pemain sudah bekerja keras setiap hari selama tujuh bulan dan kini para pemain sudah mula penat tetapi di Malaysia hal ini tidak menjadi masalah dan tanda hormat di berikan kepada Selangor MAC kerana perlawanan seterusnya akan jadi lebih sukar.”