Inisiatif ‘1Sukan 1Fasiliti’ wajar diperluaskan untuk perkembangan industri sukan negara

162

Berikutan pengumuman Menteri Belia Dan Sukan YB Hannah Yeoh yang memperkenalkan inisiatif ‘1Sukan 1Fasiliti’, ia jelas akan dapat meningkatkan lagi pembanggunan Industri Sukan Negara ke arah yang lebih baik dan kondusif.

Hal ini kerana dengan wujudnya kemudahan fasiliti yang baik untuk para atlet secara tidak langsung akan membantu sesebuah organisasi sukan itu untuk mencapai matlamat serta objektif yang ditetapkan dalam sukan tersebut untuk pergi lebih jauh.


Dengan adanya fasiliti yang lengkap juga akan memudahkan setiap atlet dalam menjalani latihan serta berpeluang untuk meningkatkan prestasi atlet dengan modul latihan yang terancang selepas mempunyai fasiliti sendiri bagi membantu perkembangan diri dan juga pasukan.

Usaha ini merupakan satu langkah positif dalam membantu setiap cabang sukan di Malaysia tanpa mengira tahap populariti sukan tersebut untuk mempunyai fasiliti dan kelengkapan sendiri.

Dalam pada itu, langkah ini wajar diteruskan serta diperluaskan kepada lebih banyak sukan lagi pada masa akan datang kerana masih banyak bidang sukan yang masih tidak mempunyai fasiliti untuk dijadikan sebagai ruang berlatih untuk meningkatkan potensi atlet.

Tambahan pula, dengan adanya fasiliti sukan semestinya landskap sukan tersebut akan semakin berkembang dan jumlah individu yang menceburi bidang sukan tersebut akan bertambah dari masa ke sama serta akan dapat meningkatkan lebih banyak kemahiran baru.

Fasiliti sukan perlu diberikan keutamaan jika ingin merancakkan kepelbagaian bidang sukan di Malaysia kerana dengan adanya fasiliti yang baik akan memudahkan aktiviti sukan tersebut dijalankan serta diperluaskan pada masa akan datang.

Semoga inisiatif ‘1Sukan 1Fasiliti’ dapat memberikan kebaikan kepada lebih banyak bidang sukan di Malaysia untuk semakin berkembang dengan lebih menyeluruh.