Jika kami bersependapat mari jalinkan kerjasama dan jadi rakan kongsi-VFL Wolfsburg
Gergasi Bundesliga, VFL Wolfsburg kini melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan matlamat mencari rakan kongsi perniagaan melalui perniagaan sukan (sport business) yang kini giat berkembang di seluruh dunia.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif VFL Wolfsburg, Mr. Michael Meeske selain daripada melebarkan sayap pernigaan, mereka juga mahu memfokuskan kepada aspek bola sepak tempatan dengan mencari rakan-rakan Kongsi yang mampu untuk bersama-sama mereka membina kem-kem untuk Pembangunan akar umbi.
“Kami sememangnya mencari rakan kongsi dengan matlamat untuk tubuhkan program-program bola sepak seperti program akar umbi dan karnival bola sepak sempana cuti sekolah kerana ini merupakan kunci untuk memacu kemajuan dalam sektor bola sepak di Malaysia seperti yang sebelum ini kami lakukan di Mexico dan China,”
katanya.
Dalam pada masa sama juga, Wolfsburg mahu memastikan pembangunan kapasiti yang ingin dibentuk selepas ini dipacu oleh mereka yang mempunyai minat yang sama seperti kami untuk pembangunan bola sepak selain tidak mahu hanya menjadi penonton sahaja.
Menurut Naib Presiden, Jualan Antarabangsa SVP, VFL Wolfsburg iaitu Mr. Andreas Kruse memberitahu setiap pasukan yang ingin berkolaborasi dengan mereka seharusnya mempunyai visi dan misi yang sama dalam meningkatkan kemajuan bola sepak negara ini.
“Buat semua pasukan dalam Liga Super Malaysia, VFL Wolfsburg membuka dengan lapang dada bagi yang ingin berkolaborasi atau membina satu hubungan dua hala yang mana kami tidak mahu untuk menjadi seperti ibu bapa yang mengarah anaknya namun kami ingin menjadi rakan kongsi yang boleh berjaya bersama dan mempelajari budaya bola sepak di Malaysia,”
“Saya tekankan di sini bahawa kami ingin membina hubungan dengan kelab yang mempunyai cita-cita tinggi dan jika kami dapati anda adalah rakan kongsi yang tepat mari teruskan dan jalinkan kerjasama bersama.”