Kami terbuka beri program teknikal buat skuad bola sepak wanita negara-Ken Hew

229

VFL Wolfsburg yang kini mengembangkan sayap mereka ke Malaysia membuka peluang secara terbuka buat semua kelab atau pasukan bola sepak wanita di seluruh negara untuk mendapatkan khidmat program teknikal daripada mereka.

Menurut Ken Hew iaitu Ketua Perwakilan VFL Wolfsburg di Asia Tenggara menjelaskan bahawa pasukan ini mempunyai skuad bola sepak wanita yang terkuat di eropah dan ia satu peluang yang baik buat komuniti ini di Malaysia untuk memperoleh program teknikal yang sama seperti mereka jalani di Jerman.


“Kami sangat terbuka untuk jalinkan kerjasama bersama mana-mana kelab bola sepak wanita baik peringkat profesional ataupun pasukan negara yang ingin menjadi mendapatkan program teknikal daripada kami memandangkan VFL Wolfsburg merupakan antara skuad bola sepak wanita yang terkuat di dunia,”

katanya.

Dari sudut pengurusan juga amat penting dalam membentuk sebuah pasukan bola sepak wanita yang mampu berdaya saing dan seperti yang dinyatakan oleh Ken Hew dalam sesi temubual di VFL Wolfsburg (Southeast Asia) Regional Office Grand Opening di menara Matrade pagi tadi.

Ken Hew mendedahkan bahawa setiap pasukan wanita sendiri perlu mempunyai pengurusan yang baik dan VFL Wolfsburg merupakan antara organisasi yang tepat untuk memberikan bimbingan buat pasukan-pasukan wanita yang bersedia mendapatkan khidmat mereka.

“Kami mempunyai program teknikal yang teguh dan diurus dengan sangat baik kerana pengurusan dalam bola sepak merupakan satu perkara yang amat penting dan VFL Wolfsburg mempunyai segala kemahiran yang boleh membimbing pasukan-pasukan ini,”

“Kami mengalu-alukan kolaborasi dan rakan kongsi yang ingin bersama-sama dengan VFL Wolfsburg.”