Park Han-seo bina akademi sendiri, ubi muda Vietnam terima sentuhan jurulatih berkualiti
Vietnam dilihat dalam tempoh beberapa tahun mendatang dapat menghasilkan lebih banyak pemain yang bagus dan mutu permainan yang berkualiti.
Park Han-seo yang berjaya membawa Vietnam ke mata bola sepak dunia kini membuka akademi miliknya untuk melatih ubi-ubi muda di negara tersebut.
Hal ini merupakan satu langkah yang baik dilakukan oleh Park apabila kejayaannya sebelum ini bersama skuad Vietnam membuka mata negara-negara jiran tentang kebolehan jurulatih asal Korea Selatan.
Jika dapat dilihat sebelum keterlibatan Park Han-seo dalam bola sepak kebangsaan Vietnam, mereka berada di kedudukan ke-130 dalam ranking Kesatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan ketibaan beliau di negara tersebut turut diragukan oleh para peminat bola sepak tanah air mereka.
Hal ini disebabkan ketika itu mereka masih kurang pasti dengan pengambilan jurulatih luar negara tambahan pula dari benua Asia ini mampu membaiki krisi bola sepak mereka yang makin lama makin merudum.
Namun Park yang menggalas cabaran mengendalikan skuad senior dan B-23 tahun negara itu menerapkan taktikal yang sama agar corak permainan bagi kedua-dua peringkat tersebut seragam.
Hal ini membuatkan hanya dalam tempoh 13 bulan beliau mengendalikan pasukan tersebut, Vietnam berjaya menembusi ranking 100 teratas FIFA sekaligus menjadi pasukan yang sukar untuk disaingi terutama di Asia Tenggara.
Untuk head to head menentang Malaysia, Vietnam sendiri mengekalkan rekod bersih lima kemenangan dan satu seri dalam tempah enam perlawanan sebelum ini.
Hal ini memperlihatkan bahawa segala yang diterapkan oleh Park dalam bola sepak Vietnam telah membuatkan mereka melangkah besar dan lebih jauh daripada kita semua.
Dengan kemunculan Akademi Park Han-seo ini tidak hairan jika nanti Vietnam dapat melahirkan pemain-pemain muda yang hebat memandangkan falsafah dan taktikal yang diasuh dalam skuad senior Vietnam dibawa ke dalam pembentukan pemain akar umbi mereka.
Diharapkan negara kita sendiri dalam masa hadapan dengan keberhasilan kepimpinan Kim Pan-gon ini, Malaysia bakal mempunyai satu akademi bola sepak di bawah kendalian belliau sekaligus dapat melahirkan lebih ramai bakat muda yang berkualiti.