MFL akan implementasi VAR menggunakan trak mudah alih

121

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa pihaknya akan membuat keputusan untuk menggunakan trak mudah alih bagi mengimplementasi VAR (video bantuan pengadil)bagi saingan Liga Malaysia.

Menurut Stuart, penggunaan trak mudah alih itu akan digunakan bagi memastikan tiada kelewatan berlaku dalam membuat keputusan menggunakan VAR.


“Apa yang anda lihat di Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah pusat VAR mereka berpusat di studio penyiaran mereka sebab capaian internet mereka tiada kelewatan.

Jika di Malaysia kita tahu apabila di stadium ramai penyokong akan menyebabkan capaian internet terganggu dan gangguan atau kelewatan dalam VAR adalah sesuatu yang tidak boleh berlaku.

Dengan itu, MFL membuat keputusan untuk implementasi di peringkat tempatan menggunakan trak mudah alih yang mana kita akan sediakan trak-trak VAR yang akan ke stadium supaya tiada kelewatan berlaku,”

katanya.

Beliau berkata demikian daam sidang media selepas membuat taklimat latihan Fasa Kedua Video Bantuan Pengadil (VAR) yang sedang berlangsung di Wisma FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ketika ini.

Tambahnya lagi, penggunakan VAR dalam saingan liga tempatan juga akan menyaksikan kos produksi MFL akan meningkat dengan drastik pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Stuart pada masa sama turut tidak dapat memberi pengesahan samada VAR akan digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia seperti yang diperkatakan sebelum ini dek tidak mahu terburu-buru tanpa persedian rapi.

“Sebelum saya jawab mengenai tarikh penggunaan VAR, kita perlu tengok dari segi kewangan, infrastruktur, perbincangan dengan pihak penyiaran dan FAM untuk memastikan kesediaan semua yang terlibat dalam implementasi VAR.”

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya VAR akan digunakan nanti, ia akan digunakan untuk semua perlawanan dan bukannya perlawanan terpilih.