Tan Boon Heong lebih dari layak bersuara isu pemain badminton negara
Tan Boon Heong sudah membuktikan kepada kita semua dengan kejayaan dan kebolehan beliau dalam sukan badminton namun masih ada juga segelintir pihak yang mengkritik beliau apabila menegur sikap senario pemain-pemain badminton negara.
Bekas pemain badminton negara itu memuat naik nukilan panjang di lama Facebook rasminya menjelaskan rasa kesal terhadap pihak yang tidak putus-putus mengatakan beliau bukan orang yang tepat untuk menasihati para pemain baharu.
Perkara ini tidak seharusnya terjadi kepada sosok pemain yang sudah memberikan pelbagai kejayaan dan mewangikan nama Malaysia dalam kancah badminton di seluruh dunia.
Beliau sebelum ini ada mengeluarkan pernyataan juga di lama Facebook yang menegur pemain-pemain muda sekarang agar lebih fokus kepada latihan dan permainan di dalam gelanggan selain membawakan kejayaan yang lebih baik berbanding dirinya dahulu.
Namun apabila beliau mengeluarkan pernyataan seperti itu ramai yang sudah mula panas jari mahu mengkritik dan mengungkit prestasi serta kejayaannya sewaktu bergelar pemain dahulu.
“Sebagai senior, apabila saya bercakap, ramai orang akan berkata, Apakah kelayakan yang saya ada untuk bercakap? Saya tidak memenangi sebarang kejuaraan dunia. Semasa saya menjadi pemain dahulu, saya tidak berdisiplin juga,”
katanya menerusi laman Facebooknya.
Selepas mengambil keputusan menggantung raket daripada pentas dunia, Boon Heong sehingga hari ini masih lagi bergiat aktif dalam sukan badminton dan beliau juga banyak membuat perkongsian di laman-laman sosial berkenaan sukan ini.
Dahulu ketika dunia dilanda wabak Covid-19 beliau juga antara atlet yang giat mempromosikan sukan badminton dan bercerita kepada para peminat di tanah air tentang sejarah dan juga mengajar mereka beberapa teknik yang digunakan dalam sukan ini.
Jika dilihat beliau merupakan antara orang yang tepat untuk menegur berkaitan skuad badminton negara disebabkan pengetahuan beliau tentang senario dalam komuniti badminton negara amat tinggi.
Tidak salah untuk beliau mengeluarkan pendapat dan seperti yang dikatakan sendiri oleh Boon Heong, bukan semua nasihat atau teguran yang dilemparkannya benar namun tidak juga semua salah dan tidak boleh didengari.
“Nasihat saya tidak 100% betul, tetapi ia juga tidak 100% salah. Jika betul, mendengarnya tidak akan membahayakan anda, ia mungkin membantu dan jika salah, jangan dengar sahaja, ia tidak akan membahayakan anda juga.”
Segelintir pihak yang mengkritik beliau seharusnya sedar tentang senario sukan ini dan jika dilihat dalam senarai ranking dunia, nama pemain-pemain Malaysia sudah semakin menghilang daripada carta 10 tertinggi.
Jika dahulu setiap kali kejohanan badminton Malaysia antara negara yang menjadi tumpuan tidak di separuh akhir pasti di perlawanan akhir baik dalam kategori perseorangan, beregu lelaku dan wanita termasuklah beregu campuran.
Oleh yang demikian, diharap dengan teguran dan kritikan yang dilontarkan oleh peminat serta bekas pemain-pemain negara ini dapat memberi kesedaran dan menaikkan lagi semangat para pemain muda sekarang untuk kembali bangkit sekaligus membawa semula nama Malaysia di mata badminton dunia.