FAM sudah laksanakan Akademi Pengadil Profesional – Noor Azman

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman telah memberitahu bahawa pihaknya sudah melaksanakan Akademi Pengadil untuk melahirkan lebih ramai pengadil pelapis untuk masa hadapan.
“Kita memang telah laksanakan Akademi Pengadil yang mana ia akan melahirkan pengadil pelapis untuk masa hadapan,”
katanya.
Menurut Noor Azman, pada hujung tahun ini FAM akan mempunyai lebih 40 pengadil yang mempunyai lesen VAR (video bantuan pengadil).
“Kalau boleh kita mahukan khususkan semua pengadil kita untuk dapat lesen VAR. Setakat ini hanya seorang pengadil iaitu Nazmi Nasaruddin yang mempunyai lesen VAR dan lepas ini kita akan ada 40 pengadil yang ada lesen VAR.”
Terdahulu, FAM telah meneruskan program Akademi Pengadil Profesional siri kedua dengan penyertaan 31 pengadil termasuk dua pengadil wanita untuk mengikuti program tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL) iaitu Datuk Stuart Ramalingam berkata rancangan untuk mewujudkan organisasi pengadil terpaksa ditangguhkan buat masa ini.
“Pada 2018 memang ada candangan untuk wujudkan organisasi untuk pengadil yang mana ia sepatutnya diimplementasikan pada tahun 2020, tapi apabila negara dilanda pandemik COVID-19 untuk dua tahun.
Dengan itu pendekatan adalah untuk kita mengambil masa untuk perkara ini sebab implementasi profesional struktur bukan sekadar pembentangan power point kerana kesleuruhan struktur yang apa kita mahukan perlu dipertimbangkan.”
Oleh itu, beliau berkata FAM adalah badan induk yang perlu menguruskan perihal pengadil buat masa ini.
Untuk pengetahuan, Stuart merupakan Setiausaha Agung FAM pada tahun 2018 hingga 2021.