Sabah, Terengganu harus bantu JDT kutip mata MA ranking sebanyak boleh dalam saingan AFC

225

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini telah mengumumkan bahawa bermula pada musim 2024/25, akan berlaku perubahan kepada saingan bola sepak peringkat kelab yang dianjurkannya.

Ia akan dibahagikan kepada tiga tahap di mana saingan utama adalah AFC Champions League Elite, diikuti AFC Champions League 2 dan AFC Challenge League.


Terdapat kembimbangan di mana Malaysia akan terlepas slot ke saingan utama kerana mata ranking MA yang diubah perkiraannya sebelum ini, menyaksikan Malaysia di kedudukan kelima, dipintas oleh Thailand dan China, bagi kategori Asia Timur.

Bagi saingan AFC Champions League Elite, pasukan dari enam negara teratas akan layak beraksi.

Berdasarkan kedudukan ranking terkini, JDT di kedudukan baik untuk layak beraksi di saingan itu, namun segala-galanya akan bergantung kepada persembahan pasukan-pasukan Malaysia iaitu JDT, Terengganu dan Sabah dalam saingan kelab AFC musim ini.

Sejak beraksi di saingan kelab AFC, JDT merupakan penyumbang terbanyak mata ranking MA yang diperoleh untuk Liga Malaysia, membolehkan Malaysia mempunyai satu wakil beraksi di ACL dan dua wakil beraksi di Piala AFC.

Dengan format pertandingan pada musim ini kembali kepada perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan berbanding perlawanan di lokasi berpusat musim lalu, lebih banyak mata yang berpeluang untuk diraih.

Terengganu dan Sabah harus berusaha untuk layak sejauh mungkin dalam saingan Piala AFC, jika boleh mengulangi pencapaian KL City musim lalu yang berjaya ke perlawanan akhir, untuk menyumbang mata tinggi buat Malaysia.

Sekiranya kutipan mata hanya bergantung kepada JDT seperti musim-musim terdahulu, kedudukan Malaysia dalam MA ranking dikhuatiri akan jatuh, kerana kedudukan negara-negara lain di bawah Malaysia tidak begitu jauh.

Ini boleh memberi kesan kepada bilangan wakil negara pada saingan kelab AFC yang akan dimainkan dengan format Baharu bermula musim depan.

Lebih menyedihkan adalah, sekiranya ranking Malaysia jatuh, tidak aka nada wakil negara yang beraksi di saingan tertinggi AFC iaitu AFC Champions League Elite musim hadapan.