Pasukan Veteran Selangor ditubuhkan untuk beri penghargaan kepada peminat – Noor Arjuna
Pemain Veteran Selangor, Noor Arjuna menyifatkan bahawa penubuhan pasukan itu adalah untuk memberi penghargaan kepada para peminat.
Katanya, mereka sentiasa menghargai peminat yang dahulunya pernah memberi sokongan kepada pasukan Selangor.
“Tujuan kita adalah untuk pulang balik kepada para peminat, dalam ini ramai otai-otai zaman dahulu.
Semuanya gembira dapat berkongsi penghargaan kepada para peminat, kalau nak bergambar atau apa saja kita raikan,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Katanya, walaupun sudah berusia 55 tahun, beliau tetap tiada masalah untuk bermain secara kerap dengan pasukan Veteran Selangor.
Jelasnya, apa yang penting adalah konsistensi untuk bersenam serta niat untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan rakan-rakan.
“Walaupun sudah berumur, harus juga konsisten dalam seminggu dua tiga kali wajib turun padang dan bermain mengikut kemampuan kita.
Yang penting kita dapat bersenam keluarkan peluh dan merapatkan ukhuwah antara rakan-rakan semua.”