Bintang Swansea City, Nathan Tjoe-A-On bakal dinaturalisasi oleh PSSI untuk perkuat Indonesia di Piala Asia 2023?

286

Nampak Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semakin rancak dengan program naturalisasi dan warisan mereka apabila terbaru dilaporkan bakal menaturalisasikan bintang Swansea City iaitu Nathan Tjoe-A-On.

Perkara itu turut mendapat perhatian ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong yang turut mengakui ada keinginan dari pihaknya mengatakan pemain pertahanan Swansea itu tetapi enggan terburu-buru membuat keputusan itu.


Menurt laporan dari portal sukan Indonesia, Tjoe-A-On mempunyai darah Indonesia dari neneknya iaitu ayah dari ibu Nathan yang dikatakan berasal dari Semarang, Jawa Tengah.

Tae-yong turut mendedahkan bahawa Tjoe-A-On memang ada keinginan untuk menyarung jersi Sang Garuda dan selepas untuk menukar kewarganegaraan Indonesia.

Tjoe-A-On merupakan pemain yang lahir di Rotterdam, Belanda dan merupakan produk dari akademi bola sepak Excelsior dan pernah di skuad utama Excelsior yang beraksi di liga utama Belanda iaitu Eredivisie.

Kehebatan pemain berusia 21 tahun itu telah mendapat perhatian Swansea yang kini beraksi di liga Championship di England.

Dengan Indonesia kini sedang dalam persiapan pasukan untuk kejohanan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada Januari depan, pastinya kehadiran Tjoe-A-On akan memberi nilai tambah dalam pasukan.

Ini kerana skuad Indonesia mempunyai beberapa pemain naturalisasi yang cukup berkualiti dan mempunyai pengalaman luas di Eropah termasuk Jordi Amat, Sandy Walsh, Marc Klok dan beberapa lagi.

Persoalannya kini adalah sempatkah Tjoe-A-On mendapat kewarganegaraan sebelum kejohanan Piala Asia? Jika berjaya, ia pasti akan memberi kelebihan kepada mereka untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, Malaysia juga antara pasukan yang turut sedang dalam proses menyelesaikan urusan dokumentasi pemain warisan Richard Chin yang beraksi untuk Charlton Athletic di League One, England dan Kobe Jae-Chong yang turut beraksi di England bersama Alvechurch FC.